Monday, 16 July 2012

marah itu mainan syaitan

assalamualaikum, boleh tak aku nak cakap aku tengah marah?
aku bengang sangat, dan yang pelik, aku sendri tak tau pasaipa,
mungkin bahana tidoq petang,
bangun2 rasa nak penyepak orang,
sungguh, aku hangin gila ni..

dan tau apa tu marah?




Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari)

Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring". 

Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.


Astagfirullahalazim, syaitan tengah dok bergumbira tengok aku marah, aku rasa sebabnya ialah yolan kejot aku semayang asaq, tu jaa. sbb tu pon aku nak marah, kenapa?? 
patutnya aku bersyukur dia kejut aku, dari xkejut langsung? 


**yess, aku dapat rasakan yang marah y aku tengah rasa ni sebenarnya ujian y aku kena lalui**

syukur naza, syukur.
sabar naza sabar.

No comments: