Monday, 17 December 2012

assalamualaikum semua, setelah sekian lama aku tak berceloteh kat sini, i'm here how. :)
well, seems everything is fine now. but, tipu la kalau xdak langsung rasa sakit dan kecewa dalam diri ni kan?
errm, macam mana eh nak start?
hampa mesti happy kan dgn ayah hampa? tiap2 tahun report kad mesti ada sign depa.
hmm,
aku xtau samada ni luahan hati aku yang tak pernah reti bersyukur ke x?
haritu ada cek brg2 skolah rendah.
happy, memang happy sgt bila dapat tgok, belek balik semua barang2 y ada nostalgia dgn kita kan?
tp tau dak apa y paling sedih?
paling sedih bila aku tgok report kad aku,
standard 1 - signed by mustafa afifuddin
standard 2 - wasana onwan
standard 3- wasana onwan,
and years after that still signed by wasana onwan yang sebenarnya signed by me.
sedih oo kawan.
bila hidup kena struggle sendiri untuk benda2 y dirasakan kecil oleh segelintir hampa.
(bajet macam ada baca ja kan)
p tuisyen nek basikal sorg2, p sekolah y jauhnya 3km dari, jauh la kan? aku perempuan okay. :P
tengah2 hari rembang, hujan panas aku dah redah.
so, mungkin kat situ dibinanya semangat juang aku, semangat y kata kat aku. "naza, hang kena kuat, macam mana pon hang kena habiskan kayuhan hang, dekat ja tu, nak sampai dah" and benda tu berterusan sampai aku hbs upsr. alhamdulillah aku dpt 5A,
tp on my appreciation day, mama aku y p ambik hadiah, aku kat asrama,
rezeki Allah, mungkin dpt drpd gabungan parent aku,
then PMR, then SPM, smpai aku masuk u,
ya Allah sedihnya, bila teringat balik,
paling aku jeles apa tau? jeles dgn kawan2 aku, parent depa ada time ambik result, sama2 teruja dgn anak depa.
aku ni tak bersyukur ka?
baba aku pergi waktu aku darjah 2, then mama aku kwen lg, dgn abah, dy mmg baik, tp aku kkurangan kasih syg dri seorg ayah, sumpah xtipu, aku sangat2 perlukan org y boleh peluk aku sbln aku tidoq, comfortkan aku time aku tengah sedih. aku nak sangat semua tuu. :(
tp dlm kedukaan dgn semua tu, aku bersyukur dy p dulu, sbb aku xbnyk bt dosa dengan dy, insyaAllah, arwah was a good man, even smpai 11thun dy meninggal, org y kenal dy still puji dy, bes kan? mintak2 aku pon mcm tu nnt.
errm, sbb tu bila aku baik dgn kwn aku, then bapak dy sporting, esti aku rasa jeles gila sbb aku xpernah rasa mcm tu,
sedih.
lagi sedih sbb bila aku kawen nnt,(lama lg nak kwen aku tak dapat berwalikan baba aku,
sedih yang amat sangat.

Tuesday, 24 July 2012

perempuan jangan mendedah.lelaki jangan nakal.

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,

maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,

maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..

                Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.

Monday, 16 July 2012

marah itu mainan syaitan

assalamualaikum, boleh tak aku nak cakap aku tengah marah?
aku bengang sangat, dan yang pelik, aku sendri tak tau pasaipa,
mungkin bahana tidoq petang,
bangun2 rasa nak penyepak orang,
sungguh, aku hangin gila ni..

dan tau apa tu marah?




Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari)

Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring". 

Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.


Astagfirullahalazim, syaitan tengah dok bergumbira tengok aku marah, aku rasa sebabnya ialah yolan kejot aku semayang asaq, tu jaa. sbb tu pon aku nak marah, kenapa?? 
patutnya aku bersyukur dia kejut aku, dari xkejut langsung? 


**yess, aku dapat rasakan yang marah y aku tengah rasa ni sebenarnya ujian y aku kena lalui**

syukur naza, syukur.
sabar naza sabar.

Friday, 13 July 2012

kenapa begini

assalamualaikum,
aku tak tau kenapa aku mcm ni harini,
semalam aku dgn dy dok buat drama sedih,
sbb masing2 rindu nak jmpa kan,
well, 2bln bkn masa y singkat, lama tuu.

dan pagi ni, aku rasa serabut ja, badmood ja,
aku sendiri taktau kenapa,
dan hari ni result upu dia keluaq,
*dukacita
paham sendiri laa noo,
malas nak cakap banyak,
aku sedih, serabut,
well, keputusan tu bukan untuk dia sorang jaa,
untuk aku skali,
untuk masa depan kami.
well, thing is getting complicated.
believe me.


family aku bukan mcm family yang lain. :')

Wednesday, 11 July 2012

kisah hati

assalamualaikum, pheww~dah berhabuk blog nii,
lama xupdate, dan aku rindu kau wahai blog kesayangan.

aku just nak express apa y aku rasa,
well lately ni, aku rasa diri aku ni bukan diri aku y biasa,
sekarang aku da lain,
aku nak jdi mcm kat skola dulu,
yang tak kenal apa itu jeans, apa itu tudung pendek, apa itu tudung up.
*mumbling sorg2

aku nak jadi orang y pakai tudung y labuh,
yang pakai stokin bila mana kuar,
yang menjaga tutur kata aku,
yang mampu menjaga solat dengan betul,
yang mampu bangun mama untuk bersujud pada-Mu,
yang mampu menjadi anak y solehah kepada ibunya,
yang tidak melwan cakap ibunya,
yang tidak mengeluh dengan ujian y diterima,
yang bisa tabah dengan dugaan hidup.

oh Tuhan,
moga semangat itu datang padaku.

Thursday, 14 June 2012

as life goes on.

assalamualaikum,
hew hew hew, (ayat gediks)
hahaha, aku rindu hang belog, just i am toooo bz to update u my dear, well, bnyk bebda y jd lately ni, mcm2 sAngat. :)

dan jugak, finally aku dah booleh ,ove on dengan idop ini, jauh dari dia, aku happy dengan aku sekarang,
dengan ada yul buncit ada dengan aku. aku cukup syukur ada dia,

dan muet,
hihi, alhamdulillah dengan rezki y Dia bagi, alhamdulillah dah xpayah nak repeat muet pasni, bye22,

dan lagi, aku dah bebas dari masalah ladtop,
mungkinla, pasni oleh fokus bt assignment betoi2 tanpa pkiaq masalah ladtop lagi dah,,
ladtop baru, sayang mama. <3

dan,
kawan2 sekalian,
aku rindu hampa.

Sunday, 13 May 2012

haruskah ?

kenapa? aku takut bila pkirkan masa depan aku,
aku takut sangat,
susahnya nak faham hati dan perasaan mereka2 y sudah tua itu,
aku pon ada hak dalam hidup,
tp kenapa mereka seakan menafikan hak aku itu?
T.T
sedih.

bukan aku tak cuba, tapi aku dah try,
cuba korg faham hati aku mcmna,
cuba korg dalami hati aku dulu,
cuba korg usha aku mcm mna,
aku mungkin hepy mcm ni,
tp
cuma org y betol2 faham aku ja akan twu aku tak okay.
:(

Wednesday, 25 April 2012

please.

Assalamualaikum,
aku tak mau nak cakap banyak,
aku just nak cakap, aku tau aku kuat, aku tau aku leh hadapi semua ni,
aku yakin benda ni akan settle tak lama lagi,
sabar naza,
sabar duhai hati,
sabar sayang,
moga kau terus tabah.

Monday, 23 April 2012

rather invisible than being hated

assalamualaikum,
okay aku sentap hari ni, 
and i'm speechless,
bukan sebab aku benci ka menyampah ka,
just blurrr....
pasni mmg aku takkan cakap banyak dah. serius.
biaq la aku senyap dari orang tak selesa dengan aku, 
aku tak mau tu, 
maaf atas kata2 aku,
aku admit mulut aku kadang2 lancang berbicara,
kadang2 tersalah cakap,
aku tak pandai handle situasi ni, i mean situasi mcm ni,
dan aku tak pernah berhadapan dengan orang y mcm ni,
yeahh, tempat orang kan,
bukan kedah nuu,
kedah paling sempoi mcm mana pon,
dan terima kasih kawan sebab teguq, 
sayang hang.

Monday, 2 April 2012

virus.

assalamualaikum, how are u been? moga hampa sihat2 saja.
minggu lepas bljaq pasai virus. best, aku suka tajuk ni, sikit bnyk tlong aku preserve aku pnya ladtop,  mcm2 bnda baru y aku tau as malvare, spyware, SPAM and mcm2 g.

dan nama2 virus pon cun kot. I LOVE U. MELISSA.  menarik kan? tp the truth is, virus ni adalah antara y paling merbahaya dlm sistem komputer. satu perbezaan y aku tau adalah virus dgn malware itu adalah dua benda y berbeza. malware hanya boleh di detect dgn software malware detector, bkn antivirus biasa, dan malware itu adalah trojan y sgt berbahaya utk ldtop dan pc and handset jgk.
ni contoh nama2 virus.



  • AL GORE virus: causes your computer to just keep counting.




  • BILL CLINTON virus #1: gives you a 7-inch hard drive with NO memory.




  • BOB DOLE (AKA: VIAGRA) virus: makes a new hard drive out of an old floppy.




  • LEWINSKY virus: sucks all the memory out of your computer, then e-mails everyone about what it did.




  • RONALD REAGAN virus: saves your data, but forgets where it is stored.




  • JESSE JACKSON virus: warns you constantly about illegitimate file reproduction, while illegitimately reproducing files in the background.




  • MIKE TYSON virus: quits after two bytes.




  • OPRAH WINFREY virus: your 300 MB hard drive shrinks to 100 MB, then slowly expands to restabilize around 200 MB.




  • JACK KEVORKIAN virus #1: deletes all old files.




  • PROZAC virus: totally screws up your RAM, but your processor doesn't care.




  • JOEY BUTTAFUOCO virus: only attacks minor files.




  • ARNOLD SCHWARZENEGGER virus: terminates some files, leaves, but will be back.




  • LORENA BOBBITT virus: reformats your hard drive into a 3.5-inch floppy, then discards it through Windows.




  • AT&T virus: Every three minutes it tells you what great service you are getting.




  • MCI virus: Every three minutes it reminds you that you're paying too much for the AT&T virus.




  • PAUL REVERE virus: This revolutionary virus does not horse around. It warns you of impending hard disk attack – once if by LAN, twice if by C:\




  • POLITICALLY CORRECT virus: Never calls itself a "virus," but instead refers to itself as an "electronic microorganism."




  • RIGHT TO LIFE virus: Won't allow you to delete a file, regardless of how old it is. If you attempt to erase a file, it requires you to first see a counselor about possible alternatives.




  • ROSS PEROT virus: Activates every component in your system, just before the whole damn thing quits.




  • MARIO CUOMO virus: It would be a great virus, but it refuses to run.




  • TED TURNER virus: Colorizes your monochrome monitor.




  • GOVERNMENT ECONOMIST virus: Nothing works, but all your diagnostic software says everything is fine.




  • NEW WORLD ORDER virus: Probably harmless, but it makes a lot of people really mad just thinking about it.




  • FEDERAL BUREAUCRAT virus: Divides your hard disk into hundreds of little units, each of which does practically nothing, but all of which claim to be the most important part of your computer.




  • GALLUP virus: Sixty percent of the PCs infected will lose 38 percent of their data 14 percent of the time (plus or minus a 3.5 percent margin for error).




  • TEXAS virus: Makes sure that it's bigger than any other file.




  • ADAM AND EVE virus: Takes a couple of bytes out of your Apple computer.




  • CONGRESSIONAL virus #1: The computer locks up, screens splits erratically with a message appearing on each half blaming the other side for the problem.




  • CONGRESSIONAL virus #2: Runs every program on the hard drive simultaneously but doesn't allow the user to accomplish anything.




  • AIRLINE virus: You're in Dallas, but your data is in Singapore.




  • FREUDIAN virus: Your computer becomes obsessed with marrying its own motherboard.




  • PBS virus: Your computer stops every few minutes to ask for money.




  • ELVIS virus: Your computer gets fat, slow and lazy, then self-destructs -- only to resurface at shopping malls and service stations across rural America.




  • BILL CLINTON virus #2: When lost data is found on your hard drive, it claims it doesn't know how it got there.




  • SEARS virus: Your data won't appear unless you buy new cables, power supply and a set of shocks.




  • JIMMY HOFFA virus: Your programs can never be found again.




  • JACK KEVORKIAN virus #2: Helps your computer shut down as an act of mercy.




  • IMELDA MARCOS virus: Sings you a song (slightly off key) on boot-up, then subtracts money from your Quicken account and spends it all on expensive shoes it purchases through Prodigy.




  • STAR TREK virus: Invades your system in places where no virus has gone before.




  • HEALTH CARE virus: Tests your system for a day, finds nothing wrong and sends you a bill for $4,500.




  • GEORGE BUSH virus: It starts by boldly stating, "Read my docs ... no new files!" on the screen. It proceeds to fill up all the free space on your hard drive with new files, then blames it on the Congressional Virus.




  • NEW YORK JETS virus: Makes your 486/50 machine perform like a 286/AT.




  • LAPD virus: It claims it feels threatened by the other files on your PC and erases them in "self-defense."




  • CHICAGO CUBS virus: Your PC makes frequent mistakes and comes in last in the reviews, but you still love it.




  • ORAL ROBERTS virus: Claims that if you don't send it a million dollars, its programmer will take it back.




  • O.J. virus: It claims that it did not, could not, and would not delete two of your files and vows to find the virus that did it. 



  • VIRUS2 NI DGR KATA XLEY DICURE UNLESS DIFORMAT BALIK. 

    bila aku bljaq pasal bnda ni, hehe, terus tringat zmn kanak2 aku, yaayaa, zmn RED VYRUZ aku dlu tuu..huhu, tringat kot..dlu dok rsa gak dri ni sbnaqnya virus utk y lain! haha, yes, maybe sometimes. :)

    virus menyerang!!

    so beware, illegeal download, bila shared portable devices, spam, e-mail with attachments tu sbnaqnya bhya, scan dlu incase dpt apa2, 

    atotoo, ciannya ldtop kita, demam pulak,
    pandai2 la download atau beli antivirus y sepatutnya utk ladtop kita, aku guna avast, free pnya, ada duit lebih nanti aku bli la y ori pnye, hehe, ^^v
    so, thats all,
    thank you.

    p/s : red vyruz dalam kenangan. imissu. :')

    Friday, 30 March 2012

    realiti atau konspirasi?


    assalamualaikum, 
    apa khabar? salam jumaat, moga kita memperoleh keberkatannya. 

    nampak dak gambaq atas tu?
    kali ni nak belagak jd org tua sat. *uhuk3.
    pkir balik, logik gak kan gmbaq kat atas tu,
    realiti zaman sekarang la kan?
    bukan setakat realiti kat tv3 jaa, tp it's the truth of life nowadays.
    serius.
    macam y baru kawen tu, semua org akan bergembira, semua org pakat sebarkan berita gembira tu,
    dan, 
    kenapa bila ada y bercerai, berpisah, lagi ramai y menyebarkan perkara ni?
    memang tak ley dinafikan, rumours lagi cepat dri kebenaran kan? 
    btol tak?
    permasalahannya, 
    kenapa lagi suka menghebahkan benda ni instead of mendoakan kebahagiaan semua?
    lagi, 
    belia sekarang, 
    tiap2 hari msuk tb, sbb macam2 kes,
    bkn nak mengutuk tp tu la y makin berlaku kan?
    nauzubillah, mintak joh laaa.., 
    dan lagi sedih......
    baru2 ni tgok berita , 
    ada anak kepada seorang ibu tu ni, 
    tinggalkan ibu dyorg kat rumah tumpangan,
    boleh tolong paham dak dia mak hampa!!!
    dah tinggal sehelai sepinggang, duit mak dyorg pon sapu,
    heartless.
    kenapa begitu.?



    Tuesday, 27 March 2012

    provoke, kenapa?

    Assalamualaikum, hello there! ceyyt, bajet org usha blog ni ja kan? hihi, xpa, nak doddle gak kat sini.

    so it's has been 2weeks since my last post, seriously! i miss u syg. <3
    bnyk benda happen throughout dis fortnight..huhu, okay kali ni nak ckp pasal provoke..

    nak crita la pasai sorg bdk klas aku ni, she's kinda weird. but i think she actually trying so much effort to get along wif us. tapi kami still xboley trima dy, i just don't why. people keep on judging her, kesian la gak, aku pon suka marah dia gak, tp bkn mksd aku bnci, cuma xsuka cara dia, aku xpaham kenapa org lain nak marah2 dia, well, we never knew her before. and aku pon xtau kenapa sgt susah nak terima cara dia? mybe sbb mulut dia y agk lepas, dan aku pon ada tgok2 y lain, depa rather to keep on provoking her than try befriend wif her..

    instead of  memaki dan mengata org lain , kenapa tidak kita mendoakan kebahagiaan dia? kenapa manusia susah sgt nak jadi mcm tu, mmg da lumrah mgkin,

    moga dia akan diterima suatu saat nanti. amin.

    P/s : aku semakin bahagia dgn hidup ni. terima kasih kepada anda2 y menghargai aku. syg hampa semua.


    yaa, aku bahagia dgn rahmat-Mu Allah.
    :)

    Saturday, 17 March 2012

    cuti yea?

    assalamualaikum,
    hye3, long time no see kan? lama xupdate sttus ni, idea takdak + bz, cecey, bz la sgt, bz tdoq kot..
    okay, badan makin besaq, mkin tembam! oh nooo!

    okay! aku actually cuti seminggu, almaklumla sekolah cuti, kami pon cuti la, kadang2 rasa mcm bdk sekolah dah, 5ton lagi kot nak cuti mcm sekarang, memang bdk skolah!

    cuti ni tak balik kedah pon. :( , aku stay umah kakak kat gombak, aku kena jaga sorang budak kecik y kuat menangis y merangkap ank sedara aku sendiri, afaf humaira' nama dia.

    yaa2, seminggu jaga bdk demukk ni, 
    :)

    hari 1st tu teriyak tersedu2 kot, nak tidoq ja, cian dy, merah ja muka, ada ayaq mata lagi, waaa, acik bkn nak buat afaf nanges pon, maaf tau,
    hari2 akan dtg mesti aku rindukan dia, ya la. seminggu kot aku jaga dia, bangun tidoq ja ngadap muka bambam ni, aiii! mcm nak gigit2 jaa, comel sgt! mcm amoi!
    5 bln mcm 10 bln, berat, padhal tu penuh otot. =='

     i'm gonna miss u!
    so ni la cuti aku, 
    babysitting a baby. :)
    i love u sayang. 

    me love babies sooo much!

    pssstt! ada ciri2 ibu penyayang dak? keh3..




    Tuesday, 6 March 2012

    kamu.

    salam alaik, entry ni aku nk tujukan insan y paling berharga dalam hidup aku besides my family. Indeed, depa dah mcm siblings aku, my far siblings. i miss 'em.

    to you dear beyla :
    maafkan aku sebab selalu susahkan hang. selalu ja dok kacau hang. selalu dok teriyak kat hang. hahaha, aku malu. lawak pon ada bila pikiaq balik. aku selalu tak dak bila aku perlukan hang, maaf sayang. aku sayang hang. nanti ada masa, aku p lepak penang nah?

    to you sayang pah ban ban :
    kita daa jarang mesej kan? dengaq sora hang lagi laa. rindunya nak bergelak ketawa ngn hang, nak gelak guling2 ngn hang, hee~kakak! igt dak malam paper arab tu? yang aku T.T teruk tuu? huhu, malunyaaa...hang y ada time, y comfortkan aku, y temankan aku sampai aku okay balik, sampai aku ada semangat balik, hang ingat dak time tu? hang igt dak time kita tergedik2 pkai heels tu? hahaha, toekk kan? p libry study, jd lepak, main2, boling2, tu tara spm, xmatured lgsg perangai, masa tu aku naive gila kan? selalu sangat buat keputusan y sangat salah, kan kawan? kan sayang? hang gak y ada time tuu, aku gelabah2, aku teryak2 semua kat hang, alangkah tak matured nya aku! yaa, aku mmg xmatured dlm bab perasaan, sampai sekrang xmatured, tak tau la bila matured tu betoi2 nak datang, nanak jumpa hang lagi.  aku rindu kat hang. syamim y merapatkan kita, syamim la tempat kita spend together, walaupun syamim mcm apa lgi, kita still survive kan..

    kepada both of u .
    Doakan aku bahagia,
    doakan aku mampu tersenyum macam dulu,
    doakan aku takkan lupa hampa,
    doakan aku redha dgn hidup aku sekarang,
    doakan aku tak menyesal dgn pilihan aku sekarang,
    doakan aku tak terus teringat dy,
    doakan aku agar tak penat dalam perjalanan ni,
    i'm all alone here by myself,
    i miss u,
    i love u,
    uhubbukum til jannah.



    walaupun kita jauh, kita tetap akan menyokong satu sama lain mcm ni kan?


    I LOVE U.

    Monday, 5 March 2012

    There is never endless task for us.

    “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
     (Surah al-Insyirah: 5-6)

    Salam alaik, pheww, lamanya tak mengupdate bby aku ni, rindu tau!
    Last week , I got  sooo many task to do! Penat sgt, byk st y aku kena selesaikan,
    1.       Muet
    (Alhamdulillah aku buat setakat apa y aku mampu, everything goes rite, ^^,)
    2.       Koku assessment (push up, sits up)
    3.       Esaimen about All Bout me Presentation 
    4.       Penat handle perasaan y tak berapa nak betul, tak reti2 nak stabil.
    PENAT!

    Dan
    Minggu ni,
    Banyak lagi esaimen menanti,
    Banyak sangat,
    Tanggungjawab2 y terpikul oleh bahu kecik ni,
    Kadang2 lelah tu takkan dapat diilangkan dgn tidur berjam2,
    Lelah tu Cuma dpt dilenyapkan bila semuanya disiapkan.

    Rabu ni debate, wakil kelas, aku tak pernah masuk formal debate, depan2 org,
    Org mungkin nmpak aku seorg y confidence, tp sebenarnya tak lgsg.
    AKU cepat KETAQ cik oiii!
    Fiona, Usha,
    We’ll gonna through dis together rite?

    Apa y bes pasal minggu lepas, aku da baik dgn org y aku rasa awkward tu!
    Ahaha, yelaa, kami sebenaqnya tak gaduh pon, Cuma masing2 awkward lepas mlm tuu.
    *tettt, jgn pkiaq –ve plak, mlm tu I meant mlm fesbukk tu,
    Lalalalala~ XD

    Dan aku,
    Dah tau apa y sepatutnya aku buat sekarang,
    Sesuatu y patut aku buat dari dulu lai,
    Yapp, my mission and endless task.
    Thank you Ya Allah.
    Ampunkan aku,
    Aku cuma hamba y lemah y selalu lalai dgn nikmat-Mu,
    Dan mission aku sebagai hambaMu y taat takkan pernah berhenti di sini,
    Tanggungjawab aku kepadaMu Ya Rabb takkan pernah tamat,
    hampa pon mcm tu laa, kan?



    ' Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '







    Saturday, 25 February 2012

    menyampah.

    begin my day dgn satu perasaan yang dipanggil



    dan aku rasa bebai sgt hari ni! 
    aku sendiri tak tau pasaipa. =='
    rasa nak mengamuk ja,
    rasa nak marah ja semua org,
    maaf laaa..
    ~mood  swing~

    Friday, 24 February 2012

    end of a stressful week!

    salam alaik,
    finally, setelah agak lama menghilangkn diri, i'm here again right now!
    dan aku bersyukur sgt2 sbb dpt 2 days off from college, classes, drama king! drama queen! but of course still stick with lot of assignment!

    dan aku dah selesai melalui MUET SPEAKING TEST semalam. under topic which factor that will affect nation's development. and i got point which was emphasizing on its citizens. alhamdulillah, i'd do my best, moga result utk speaking aku agak okay, aku cakap tergagap jgk laa, debar pnye pasal, aku kena dpt at least band 4 utk TESL ni.takutnyaa huhuu..

    there are 3 mare paper to go! chayyok!
    dan finally aku dapat rest for 2days without any group discussion! thank to u Ya Rabbi.

    i'm soo EMO this week! tensyen dgn muet, presentation, tired maybe, and so tired seeing those dramas that happen in college. yaa, aku pon masuk campuq jgk, it was without any intention at all actually, dan aku bkn nak join mna2 party, aku pon tau sapa salah, sapa betul. rasa mcm drama king sama banyak ja dgn drama queen. hahaha

    bila melibatkan maruah seseorang ni, please respect, yeahh, dy mmg bergaduh, mmg maki org tu, but she's not mentioning another party's name right?? dan satu lagi y aku musykilkan, kenapa manusia jantina lain plak y kecoh2? u know what, u r just making it worst! believe me. aku tak salahkan party y diianggap innocent tu, mmg dia innocent dlm sstgh aspek, dan y bersalah pon mmg bersalah dlm sudut tertentu, i did agree with them,

    but i think i'll be better if we just leave this matter and just let them solve it right? kami y geng2 ppuan tau lama dah, tau awal lgi, tapi kami xbising mcm hampa pon? la ni hampa y mak jemah ka kami? tba2 rasa tittle2 mcm tu patut dpt kat hampa jaa..yaa, mgkin aku cepat melatah dgn apa y hampa kata malam tu, tp hampa igt, jalan y terbaik nak solve bnda ni bukan bt mcm tu, dah besaq kan? nak kwen pandai, tp bnda2 cmni pon nak hingaq, dan lagi, xpayah nak usha panas kat org lain k? learn to be professional , boleh kan mcm tu? aigoooooo... =='

    ingat, pergaduhan won't benefits to anyone, tapi lagi menyusahkan kita, lagi 5 tahun kita nak bljaq skli, jenuhla kalau dok gaduh ja keja kita? penat pon penat, hati pon sakit, mulut tu sah2 la dok maki ja kan? tak ke free2 je dpt dosa mengumpat mengata orang? dah besaq kan, pandai2 la pikiaq.

    dah nama pon budak kolej, takkan nak perang mulut ja kan? umuq 19-20 ni bkn masanya nak berperang mcm y ada sekarang, seriusly, it's worthless.!!

    y tulisan tu edit sendiri, okay buruk! XD

    dan ingat, bila kita sesama bersaudara bergaduh, syaitan y paling gembira, syaitan sgt suka apabila kita sbg umat Islam bergaduh sesama sendiri. so takkan nak terus bagi syaitan dok seronok suka atas pergaduhan y ntah apa2 tu? 
    be matured k? aku pon still lgi xmatured, but i am trying. :)

    egt, maaf Allah boleh dpt, tp maaf manusia, kita sndri kena p mintak maaf kpd org y kena tu.

    dan lagi ingat, perempuan itu lemah, bukan mcm laki y gagah perkasa.
    perempuan mudah melatah, bukan macam lelaki y xbrapa nak ada perasaan,
    laki diciptakan utk melindungi perempuan, bukan menyakiti.
    ingat, perempuan itu bukan lelaki.

    aku bukan la baik sgt nak teguq hampa, aku bukan nak tunjuk baik, aku bukan la mcm perempuan2 lain kat kolej y penuh ayu dan sopan santun, aku mmg kasaq orgnya, tapi aku cuma tak mau benda ni berlarutan. so thousand apologies from me :')

    Tuesday, 21 February 2012

    guys must read!!!!

    ANDAI LELAKI TAHUUUUUU..

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
    lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
    tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
    itu bukan bermakna dia lemah,
    tetapi dia sedang mencari kekuatan
    untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila seorang perempuan marah,
    memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
    tapi percayalah, itulah maknanya
    dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

    Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
    Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
    semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan bercakap banyak,
    dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
    tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

    Andainya lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
    itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
    tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
    bukan untuk dirinya,
    tetapi untuk masa depan anda.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
    bukan bermakna dia tidak sayang..
    tetapi dia terlalu sayangkan anda
    dan masih menganggap anda anak kecil
    yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

    Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
    anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
    Naluri keibuannya sangat kuat.
    Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan merajuk,
    jangan kata dia mengada-ngada.
    Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
    atau hadiah sedozen,
    tetapi cukup dengan perhatian
    yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
    itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
    tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
    bukan hanya hadir dari kata-kata
    tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
    dia benar-benar maksudkannya.
    Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
    jangan percaya kata-katanya
    kerana dia hanya mahu menguji kamu.
    Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
    Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

    Selagi dia dengan kamu, percayalah,
    walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
    tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan menjadi degil,
    dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
    tapi dia mahu melihat
    sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

    Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
    Andai kena caranya,
    jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

    Andai lelaki tahu..
    Apabila perempuan berkata,
    “tolong tinggalkan saya!”,
    dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
    Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

    Apabila dia kembali tenang,
    percayalah dia akan mencari anda semula.
    Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
    Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
    Dia terlalu emosional.
    Tapi dialah yang paling menyayangi anda
    dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

    Andai lelaki tahu..
    Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
    dengan perbezaan yang tersendiri.
    Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
    mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

    Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
    Di sebalik air matanya,
    tersimpan seribu satu kekuatan
    yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

    Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
    tapi dia punya kekuatan tersendiri
    yang bisa menggoncang dunia
    dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

    Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
    kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
    tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
    dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
    Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
    yang terbaik untuk anak2 anda.


    >>kalaulah hampa paham apa y kami maksudkan, ^^,


    credit to : yuhufatinhere.blogspot.com